Apa Itu Raspberry Pi (Utk yang dok Blank nak cari projek utk FYP)

Raspberry PI? Pernah dengar ?  x pernah?? Citer American Pie korang pernah tengok la kot!!
Raspberry PI ini adalah komputer saiz kecil.
Menurut asal pencipta , Raspberry Pi ini bukan bertujuan perniagaan, iaitu projek non profit. Penciptanya membesar dengan komputer zaman dulu yang mempunyai 2 pilihan apabila dihidupkan iaitu nak menggunakan komputer atau nak memprogramkan komputer. Kebanyakkan orang sekarang, lebih banyak menggunakan komputer dari memprogramkan komputer.
Beliau mencipta Raspberry Pi Ini dengan tujuan supaya kanak-kanak membesar dengan programming. yang merangsang kanak-kanak lebih kreatif bukan semata-mata menjadikan komputer sebagai ‘alat untuk digunakan’.
Saiznya yang kecil memudahkan ianya digunakan dimana saja kawasan yang mempunyai kemudahan yang terhad.
Kebanyakkan orang mempunyai TV, jadi Raspberry Pi ini hanya perlu disambung ke peti TV tanpa perlukan monitor. Sesuai kepada tenaga pengajar di kawasan luar bandar.
Tentu korang nak tau apa gunanya Raspberry Pi ni, kan?
Raspberry PI ini sama saja seperti komputer biasa. Ia adalah mini komputer yang ada grafik. Kita boleh melayari internet seperti biasa, video, muzik, main game yang ringan atau programming.
Inilah bentuk dan saiz Raspberry Pi. Sebesar kad kredit. ( 8.6cm x 5.4cm x 1.5cm )
Raspberry PI ni ada 2 model saja – Model A dan Model B. Bezanya Model A ada 1 USB Port tanpa Ethernet port dan Model B ada 2 USB ports dan ada Ethernet port.
Berapakah harga Raspberry Pi ?
RM145 dan boleh beli secara online .
Dengan harga yang murah, alat ini amat sesuai untuk pembelajaran secara formal atau tidak.
Untuk membeli di Malaysia secara online , boleh dapatkan di web berikut :
p/s : Pi ini hanya untuk projek komputer..bukan utk dimakan spt pie ayam, pie labu, pai rasberry…

Comments

Popular posts from this blog

Tips Mencari Idea Tajuk Projek Akhir yang Berkualiti

Final Year Project Idea – Network Configuration Management.

Mengenal Arahan Asas Konfigurasi Router Cisco (CLI Cisco IOS)