Anda Ada Idea Segera? Jangan Hilangkannya !

Lanjutan dari tips mengenai MY BOOK IDEA yg dipost di FB AkuPunyeNetwork,saya suka utk share applikasi yg saya gunakan yg mungkin boleh digunakan oleh anda untuk mencatatkan idea2 segera yg hadir di minda anda di saat anda sedangmemerhatikan gadis cantik sedang menunggu bas untuk balik ke kampung. Ya..spt kata rakan saya Ammar Muhamad , anda mungkin malu untuk membawa buku catatan bersama anda. Jadi boleh gunakan smartphone atau Tab/Ipad utk merekodkan idea segera anda tersebut. Kan handphone mahal2 semua kan ðŸ™‚
Saya menggunakan aplikasi Andriod di smartphone saya yg murah ini ðŸ™‚ Saya menggunakan Apps IDEA GROWR untuk merekodkan idea gila yang datang tiba2. Gunakan Apps ini utk merekodkan idea sahaja ye.. Jgn pula jadikannya platform untuk meluahkan kekecewaan kerana putus cinta, putus harapan, putus  makan, mahupun putus asa. Segala mcm yg putus tu silalah rekodkan dalam diary kehidupan anda ye adik2..
Ok..semoga perkongsian ini berguna untuk menjadi IDEA BANK anda.. taklah nanti dilanda kepeningan, kepusingan, kepitaman lagi utk mencari idea bagi FYP anda. Silalah baca apakah yg mampu dilakukan oleh aplikasi ini di SINI.
Apa yg baik kita gunakan, apa yg tidak kita ketepikan, kalu hidup sekadar menerima, jadilah kita seperti pengemis, kalau hidup juga memberi, ilmu tak kurang bahkan bertambah.. Renung2kan..Mohon maaf atas kesilapan..Selamat Beraplikasi ðŸ™‚
 Nota : Penggunaan Aplikasi ini adalah atas risiko anda sendiri. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan ke atas peranti anda akibat dari penggunaan Aplikasi ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Mencari Idea Tajuk Projek Akhir yang Berkualiti

Final Year Project Idea – Network Configuration Management.

Mengenal Arahan Asas Konfigurasi Router Cisco (CLI Cisco IOS)